PERATURAN PSS

PERATURAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN (PELAJAR)

  • Semua pelajar yang masuk ke perpustakaan mestilah berpakaian seragam sekolah dengan kemas.
  • Pelajar mesti menulis butir-butir diri di dalam buku pendaftaran.
  • Pelajar hanya dibenarkan membawa masuk alat tulis, buku teks dan buku latihan sahaja. Buku rujukan tidak dibenarkan dibawa masuk.
  • Pelajar tidak dibenarkan memasuki kawasan larangan seperti  kaunter sirkulasi.
  • Semua beg pelajar hendaklah diletakkan di rak penyimpanan beg di luar perpustakaan
  • Pelajar hendaklah menjaga kebersihan di dalam perpustakaan serta tidak dibenarkan membuat bising dan mengganggu pelajar lain.
  • Buku yang telah dibaca mesti diletakkan di rak asalnya.
  • Pelajar dilarang menconteng, mengoyak buku dan merosakkan perabot yang terdapat di dalam perpustakaan.
  • Pelajar dilarang membawa makanan atau minuman ke dalam perpustakaan.
  • Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku di kaunter.
  • Pelajar tidak dibenarkan tidur di dalam perpustakaan.
  • Pintu perpustakaan mestilah sentiasa tertutup kerana alat pendingin hawa sentiasa berfungsi.
  • Kerusi dan peralatan yang digunakan hendaklah diletakkan di tempat asal dengan kemas.
  • Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa waktu pembelajaran tanpa pengawasan guru.
  • Pelajar hendaklah memastikan segala kemudahan yang disediakan tidak disalahgunakan.



PERATURAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN (GURU) 

  • Guru-guru yang masuk ke perpustakaan mesti merekodkan data kemasukan ke dalam buku yang disediakan.
  • Guru-guru yang membawa masuk pelajar, diminta mengawasi pelajar supaya tidak membuat bising, mencuri dan menyelerakkan buku serta bahan-bahan pusat sumber.
  • Guru-guru yang ingin meminjam buku atau bahan P&P mesti merekod peminjaman di dalam fail peminjaman buku atau bahan (kategori guru) yang disediakan di kaunter sirkulasi.
  • Tempoh peminjaman buku atau bahan sama seperti tempoh peminjaman oleh pelajar iaitu selama 1 minggu sahaja.
  • Sila pastikan pelajar tidak mengubah kedudukan bahan-bahan pameran yang dipamerkan.
  • Sila pastikan kelengkapan dan kemudahan yang digunakan oleh pelajar disusun dan dikemas semula seperti asal.

No comments:

Post a Comment