Monday, March 6, 2017

LAPORAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM & FROG VLE, BULAN BAHASA DAN PUSAT SUMBER 2017

Pelancaran Program NILAM & FROG VLE, Bulan Bahasa Dan Pusat Sumber SMK Tun Haji Adul Malek,  merupakan acara tahunan yang julung kalinya digandingkan bersama dalam satu majlis yang meriah serta telah berlansung pada  Pelancaran Program NILAM & FROG VLE ,  Bulan Bahasa Dan Pusat Sumber SMK Tun Haji Abdul Malek ,merupakan acara tahunan yang julung kalinya digandingkan bersama dalam satu majlis yang meriah serta telah berlansung pada 8 MAC 2017.
                      

1.0     TAJUK PROGRAM
1.1     Majlis Pelancaran Program NILAM & FROG VLE, Bulan Bahasa Dan Pusat Sumber SMK Tun Haji Abdul Malek 2017

2.0     TEMPOH PELAKSANAAN
          Tarikh             : 8 MAC 2017

3.0     TEMPAT
3.1     Dewan Terbuka  SMK Tun Haji Abdul Malek, Melaka

4.0     OBJEKTIF
4.1     Meningkatkan minat membaca yang berterusan dalam kalangan pelajar dan guru.
4.2     Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk   
          pembacaan di kawasan sekolah.
4.3     Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca berkualiti dan menguasai 
          kemahiran berbahasa dengan baik
4.4    Mengenalpasti tokoh murid yang banyak membca, berketrampilan serta mempunyai 
          sifat-sifat kepimpinan.
4.5    Menjadikan amalan membaca sebahagian daripada gaya hidup
4.6    Menggalakkan warga SMKTHAM menggunakan PSS dengan berkesan.
4.7       Menggalakkan penggunaan Frog VLE dalam kalangan murid serta guru.

5.0     AJK PELAKSANA
          Sila rujuk buku program

6.0     AKTIVITI PELAKSANAAN
          Sila rujuk buku program

7.0     KUMPULAN SASARAN
          Semua guru dan pelajar SMK Tun Haji Abdul Malek

8.0    IMPAK
8.1    Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Program NILAM & FROG VLE, Bulan Bahasa dan Pusat Sumber 2017
8.2    Murid dapat mengetahui aktiviti yang akan dilaksanakan sempena Bulan Pusat          Sumber dan Bulan Bahasa dan program NILAM yang bakal berlansung sepanjang
            Tahun sehingga Oktober 2017
8.3   Memberi kesedaran kepada murid kepentingan membaca dan menimba ilmu.

9.0   LAPORAN
           

             Program NILAM & FROG VLE, Bulan Bahasa dan Pusat Sumber 2017 telah diadakan dengan jayanya pada 8 Mac 2017 kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik. Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa dan telah berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang. Majlis yang dirancang ini adalah usaha secara kolaboratif antara PSS dengan Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil bagi merealisasikan hasrat KPM dalam melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan. Selain itu, program ini bertujuan untuk membudayakan sikap rajin membaca dalam kalangan murid disamping meningkatkan kemahiran berbahasa serta menggunakan PSS sebagai wahana ilmu yang berkesan. Selain itu program bertujuan untuk menekankan para pelajar dan warga sekolah tentang kepentingan mengukuhkan penguasaan ilmu melalui penggunaan VLE secara meluas. Oleh itu, Program NILAM ini bakal dijalankan sepanjang tahun dan Bulan Bahasa bakal berakhir pada akhir bulan Mac.

  
        Warga STHAM telah diserikan lagi dengan kehadiran En. Nor Hashim Bin Hj Hassan selaku Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka selaku perasmi majlis. Gimik Perasmian majlis ini telah menarik perhatian murid serta perasmi majlis yang mana En. Norhisham selaku perasmi telah meletakkan tapak tangannya ke atas slot yang disediakan serta berjaya memasukkan “ID Identification “ dan mengakses sistem yang disediakan dengan jayanya sekaligus merasmikan majlis tersebut. Sehubungan itu, dalam ucapan beliau, En. Nor Hashim berharap murid membina amalan membaca dan menjadikan sikap suka membaca bagi menjana idea yang kreatif dan inovatif . Dalam erti kata lain, membaca dapat meningkatkan maklumat dan bakal meningkatkan taraf hidup murid serta bakal menjadi aset negara yang tidak ternilai. Kempen berbahasa secara betul, tumpuan kepada aspek penggunaan bahasa perlu diadakan dengan aktiviti yang bersesuaian. Usaha ini  bertujuan untuk mencungkil bakat bagi memperkasakan bahasa Melayu dan PSS bertindak sebagai penyumbang utama. Beliau juga menyarankan agar pelajar dan guru berkunjung ke perpustakaan untuk  mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan.


Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada En. Nor Hashim Bin Hj Hassan oleh Tuan Pengetua , En. Razali in Ali dan nyanyian lagu “NILAM ” sebelum majlis bersurai pada jam 9.00 pagi.

10.0  PENUTUP
Program NILAM & FROG VLE, Bulan Bahasa dan Pusat Sumber 2017 ini adalah titik permulaan kepada pemupukan budaya membaca dalam kalangan pelajar. Semoga dengan adanya program seumpama ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar kepentingan membaca serta melahirkan pelajar yang berketrampilan serta berdaya saing dalam menimba ilmu.

11.0     LAMPIRAN

11.1     Gambar Majlis Pelancaran Program NILAM & FROG VLE, Bulan Bahasa dan Pusat Sumber 2017.



 Disediakan oleh :                                       

..........................................................

(MASRINA BINTI MUHAMED)

No comments:

Post a Comment