LAPORAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM, BULAN PUSAT SUMBER
DAN BULAN BAHASA 2016
1.0 TAJUK
PROGRAM
1.1 Majlis
Pelancaran Program Nilam, Bulan Pusat Sumber dan Bulan Bahasa 2016
2.0 TEMPOH
PELAKSANAAN
Tarikh : 22 Februari 2016
3.0 TEMPAT
3.1 Dataran
Ilmu SMK Tun Haji Abdul Malek, Melaka
4.0 OBJEKTIF
4.1 Meningkatkan
minat membaca yang berterusan dalam kalangan pelajar dan guru.
4.2 Mewujudkan
persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk
pembacaan di
kawasan sekolah.
4.3 Menampilkan
murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca berkualiti dan menguasai
kemahiran
berbahasa dengan baik
4.4 Mengenalpasti
tokoh murid yang banyak membca, berketrampilan serta mempunyai
sifat-sifat
kepimpinan.
4.5 Menjadikan
amalan membaca sebahagian daripada gaya hidup
4.6 Menggalakkan
warga SMKTHAM menggunakan PSS dengan berkesan.
5.0 AJK PELAKSANA
Sila rujuk
buku program
6.0 AKTIVITI
PELAKSANAAN
Sila rujuk
buku program
7.0 KUMPULAN
SASARAN
Semua guru dan
pelajar SMK Tun Haji Abdul Malek
8.0 IMPAK
8.1 Mendapat
kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Majlis Pelancaran
Program
Nilam, Bulan Pusat Sumber dan Bulan Bahasa 2016
8.2 Murid dapat mengetahui aktiviti yang akan
dilaksanakan sempena Bulan Pusat Sumber
dan
Bulan Bahasa dan program NILAM yang bakal berlansung sepanjang tahun
sehingga Oktober 2016.(Keputusan Pertandingan Pembaca NILAM terbanyak
2016
akan
diumumkan).
8.3 Memberi
kesedaran kepada murid kepentingan membaca dan menimba ilmu.
9.0 LAPORAN
Majlis
Pelancaran Program Nilam, Bulan Pusat Sumber dan Bulan Bahasa 2016 telah diadakan dengan jayanya pada 22
Februari 2016 dengan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik.
Majlis ini telah dimulakan dengan bacaan doa dan telah berjalan dengan lancar
sebagaimana yang telah dirancang. Majlis yang dirancang ini adalah usaha secara
kolaboratif antara PSS dengan Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa
Cina dan Bahasa Tamil bagi merealisasikan hasrat KPM dalam melaksanakan program
galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan.
Selain itu, program ini bertujuan untuk membudayakan sikap rajin membaca dalam
kalangan murid disamping meningkatkan kemahiran berbahasa serta menggunakan PSS
sebagai wahana ilmu yang berkesan. Oleh itu, Program NILAM ini bakal dijalankan
sepanjang tahun dan Bulan Bahasa bakal berakhir pada 22 Mac 2016.
Gimik Perasmian majlis ini diadakan dengan penyerahan
watikah kepada Tuan Pengetua SMK Tun Haji Abdul Malek , En. Razali Bin Ali
selaku perasmi majlis yang dibawa oleh dua orang pesilat Melayu diiringi oleh
irama gamelan. Ucapan Perasmian Majlis Pelancaran Program Nilam, Bulan Pusat
Sumber dan Bulan Bahasa 2016 telah disampaikan oleh Pengetua sekaligus
merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapan perasmian beliau menegaskan bahawa
membaca menjadi tunggak utama dalam pelaksanaan P & P. Sehubungan itu murid
perlu membina amalan membaca dan menjadikan sikap suka membaca bagi menjana
idea yang kreatif dan inovatif . Dalam erti kata lain, membaca dapat
meningkatkan maklumat dan bakal meningkatkan taraf hidup murid serta bakal menjadi
aset negara yang tidak ternilai. Kempen berbahasa secara betul, tumpuan kepada
aspek penggunaan bahasa perlu diadakan dengan aktiviti yang bersesuaian. Usaha
ini bertujuan untuk mencungkil bakat
bagi memperkasakan bahasa Melayu dan PSS bertindak sebagai penyumbang utama.
Beliau juga menyarankan agar pelajar dan guru berkunjung ke perpustakaan
untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang
dijalankan.
Tuan Pengetua juga telah mengumumkan hadiah menarik yang
bakal dimenangi dalam Program NILAM 2016 seperti sebuah IPAD untuk hadiah
tempat pertama, sebuah basikal “Mountain Bike” bagi tempat kedua , sebuah
telefon bimbit bagi tempat ketiga serta beberapa hadiah saguhati. Nama-nama
pemenang bakal diumumkan pada bulan Oktober 2016. Kemuncak acara perasmian
berlansung dengan paluan gong serta menandatangani Buku Pelancaran Program
NILAM, Bulan Pusat Sumber dan Bulan Bahasa oleh Tuan Pengetua serta barisan
Pentadbir. Seterusnya majlis diteruskan dengan pertunjukkan aktiviti NILAM
seperti ulat buku, Jom Singgah Santai dan “Working Dictionary” , persembahan
pelajar Tingkatan 6 Atas dan penyampaian fail NILAM kepada ketua-ketua Panitia.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada Tuan
Pengetua dan nyanyian lagu “NILAM ” sebelum majlis bersurai pada jam 9.00 pagi.
10.0 PENUTUP
Majlis ini adalah titik permulaan kepada pemupukan budaya
membaca dalam kalangan pelajar. Semoga dengan adanya program seumpama ini dapat
memberi kesedaran kepada pelajar kepentingan membaca serta melahirkan pelajar
yang berketrampilan serta berdaya saing dalam menimba ilmu.
11.0 LAMPIRAN
11.1 Gambar Majlis
Pelancaran Program Nilam, Bulan Pusat Sumber dan Bulan
Bahasa
2016.
Disediakan oleh
:
..........................................................
(MASRINA BINTI MUHAMED)